Saturday 20 May 2017

Braces Story-mory #1


Assalamualaikum and hi...

So as I mentioned in previous post, blog entry kali ni nak cerita pasal braces. Actually pasal braces journey aku. heheh.
Tapi memandangkan ramai lagi yang tak tahu "macam mana nak pakai braces?" "Kat mana buat braces?" "Mahal tak?" "Sakit ke tak?" So aku rasa patut aku bukak cerita pasal braces ni.
 So marilah mentela'ah jawapannya disini:

1)  "Macam mana nak pakai Braces?" & "Kat mana buat braces?"
Pegi Klinik Pergigian.
Macam aku, aku pegi buat braces kt UITM Sungai Buloh. (Nanti aku cite panjang cemana nk buat braces kt situ, and segala mak nenek yang korang kena tahu.)
Aku TAK suggest korang pegi dekat "Dentist" Instagram or "Dentist" online ni.
Sebab apa? Diorang BUKAN PAKAR ORTHODONTIC.
Kalau aku nk explain pn payah jugak sbb aku pun bukan dentist. Tapi baca la bawah ni ape sebabnya


      HA! Paham ke tidak? So bukan calang2 orang yang boleh pasang braces ni. Banyak risiko tau kalau pasang braces dengan orang yang tak bertauliah ni. Tak kesah la nama dia "Original braces" ke, "Real Braces" ke, kalau orang tu buat kt hotel, or rumah tu, memang "Dentist" yang tak bertauliah la tu. 

2) "Mahal tak kos buat Braces?"
Hmm soalan ni yang paling famous kot. Takde benda yang murah dalam ni dunia ni diknon. Masuk jamban kt chowkit pn kena bayo. ok takde kena mengena, hehe. Pendapat aku la, ini yang jadi salah satu punca kenapa ramai sangat budak2 sekarang pilih "Dentist Online" & "Dentist Insta".
 
 Sejujurnya, aku pun pernah terlintas nk pakai braces dengan "Dentist Online" & "Dentist Insta" ni. Tapi nasib baik banyak buat research (google + Youtube) sebelum bertindak. Mana tak nya, Setiap klinik Destist yang aku tanya, harga braces paling cikai pun (setakat yang aku jumpa la) RM3000 tu pun tak termasuk surgery (jika perlu) and x-ray. Lagi pulak, gigi aku ni jenis terabur and berlapis. Harga kena tambah untuk cabut gigi lagi. Sebatang gigi dah brapa puluh ringgit. Fuhh. Berpeluh jugak dengar dentist sebut pasal harga tu masa mula2 dulu.

Lama jugak aku pikir pasal ni (berbulan2). Kalau pakai kt dentist, bapak ah mahal. Kalau pakai ngn "Dentist Online" & "Dentist Insta" ni murah, Tapi tak sanggup tanggung risiko gigi lagi jahanam. Setelah beristikharah(menipu sangat) dan berbincang dengan kedua orang tuaku yang dicintai sampai mati, aku pilih buat braces dengan Dentist yang bertauliah which is aku buat kt UITM. Pasal buat braces kt situ nanti aku kabo lain kt entry lain okeh?

3) "Sakit tak pakai Braces?"
Kalau aku cakap tak sakit kang kome cakap aku tipu. hehe. Sebab aku kena cabut 7 batang gigi (YESS TUJUH BATANG), termasuk 2 batang gigi geraham bongsu aka wisdom tooth, termasuk 1 batang gigi kecik yang kena minor surgery sebab beliau terletak di dalam gusi. So aku rasa, banyak sakit sebab ade yang berjahit. hheheh. Tapi pakai braces takde la sakit sangat macam kes cabut gigi aku ni. Xnak caye sudah. hehe. Pasal sakit ni nanti akan disambung kt entry lain okay? Cramp jari menaip. Maklum la dah bertahun dah tak main type2 kt blog ni. hehehe.
So, tu jela kot utk entry kali ni. See you on my next entry! nanti kite cite panjaaaaaaaaaang lagi.
Bye! :)

P/S: Kalau ada soalan apa2 pasal braces, tanye jela. Kalau kite tahu, kite jawab. hiihi

3 comments:

  1. mungkin yg guna khidmat dentist insta ni sebab lebih murah kot..
    blogwalking pagi sini..

    ReplyDelete
  2. saya takut nak pakai braces..hehehe

    blogwalking sini..done follow

    ReplyDelete
  3. Berapa ya umur ketika pasang braces tu

    ReplyDelete

Lontong Goreng from Leftover Nasi Impit Recipe

Assalamualaikum and hi! Hows your raya going? Banyok dapat duit raya tak? Iols alhamdulillah masih dapat sebab belum kerja. hihi. Kepada ya...